Sunday, May 1, 2011

Auni & Taekwando

Hari tu Auni ambil first test for taekwando.

 Auni dengan aksinya

Auni & the gang

Saturday, April 30, 2011

Birthday Cake - Hadif

Lama sungguh tak update blog. Dah lama buat kek birthday Hadif ni. Buat 2 biji, satu hantar nursery, satu lagi untuk makan-makan dalam rumah dan selebihnya mama Hadif bawa pergi ofis :)..


kek Hadif

 Hadif menikmati kek

 kek bawa ke nursery

Resepi kek nanti saya letak ye... kek ni memang simple & delicious


 

Wednesday, April 6, 2011

Hepi Besday Hadif

Happy Birthday Hadif  :)... Hadif is now 2 years old

My baby boy now turn to little boy... cepatnya masa berlalu

Besday boy

 heheh...sorry le hadif mama tak sempat buat kek untuk hadif... so makan je lah kek ni dulu

makan dengan bersungguh-sungguh tu



For my little boy, may Allah bless you... semoga jadi anak yang soleh, insan yang berjasa pada agama, ibu-bapa & negara.

Friday, March 25, 2011

Bingka Pisang

Bingka pisang again... for potluck party at office. Pisang memang dah ada kat rumah cuma tinggal beli santan dan susu cair aje. Balik dari ofis terus masuk dapur :). Lenyekkan pisang dan blender campuran tepung, santan, susu, gula, telur dan mentega lepas tu campurkan dengan pisang lenyek... dan bakar selama 1 jam. Sempoi je... dah siap bakar.. terus keluar pi sunway pyramid :). Balik dari sunway masukkan bingka pisang ke dalam peti ais... besoknya boleh potong :).

Kuih tradisional yang sempoi dan sedap.

                                          fresh from the oven

                                           after one night in the freezer

                                          untuk di bawa ke ofis

Resepinya ambil kat sini inspirasiku
 
Kuih Bakar Pisang@ Bingka Pisang
Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar ..
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit ke 1 jam
5. Sejukkan dalam peti ais.. baru di potong

Thursday, March 24, 2011

Sambal Tahu Belimbing Buluh

Hari tu ada member opis bawa belimbing buluh. Huh... sedapnya, balik rumah buat sambal tahu belimbing buluh. Makan dengan nasi panas-panas.




Resepi... senang je, main campak2 je :)... belimbing ni kira ganti untuk asam keping/asam jawa.

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu Polikarbonat Mengandungi Bisphenol A (BPA)

dipetik dari utusan online

Botol susu polikarbonat diharam


Liow Tiong Lai menunjukkan perbezaan di antara jenis botol susu yang mempunyai Bisphenol A (BPA) (kiri) di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.
Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.
“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.
“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.
Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.
Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.
“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.
“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).
“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.
Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.
Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.
Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. 

Adakah anda pasti apa jenis botol susu yang anak kita gunakan...

Sunday, February 27, 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah ayah yang telah pergi buat selama-lamanya pada 26 February 2011. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen.


Sunday, February 20, 2011

Traditional Pau

Pau ni buat untuk bawa ke surau kawasan kitorang yang ada buat sambutan maulidur rasul. En husband request pau ala-ala kampung, sebab pau yang ada sekarang macam kureng je katanya. So jenuh lah men'google' resepi pau kampung/traditional pau/ pau ala-ala kampung. Heheh akhirnya jumpa gak resepi pau yang mudah bahannya dan agak senang juga membuatnya dekat rinnchan


Inti kelapa


Inti kelapa, inti kaya for thilah, pau kosong for auni


Dekat bawah ni resepi yang di copy paste dari fotopages rinnchan.

PAU KUKUS TRADISIONAL
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=1 packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan. 

Intinya memang dah ada dalam peti ais. Jadi hanya perlu buat kulitnya aje. Memang sedap pau ikut resepi ni, gebu... heheh cubalah buat kalau tak percaya :)..




Saturday, February 19, 2011

Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart for Auni & Thilah to bring to school during their school maulidur rasul celebration. 



Bila thilah cakap mama, ustazah suruh bawa makanan esok untuk sambutan maulidur rasul.. sape tak bawa ustazah kata tak boleh makan. Hehehe ala lurusnya bebudak bila bercakap, ustazah bergurau pun dia boleh cerita dengan serius :).. So dalam kereta on the way back pick up diorang dari tadika, mama pun bersungguh2 lah memikirkan, apa lah food yang senang & mudah nak buat dan yang penting bebudak suka nak makan.

Teringatkan philadephia cheese yang dah beli dan blueberry paste yang masih banyak stok dalam peti ais.... heheheh dah yang paling penting sekali tart shell yang memang dah siap buat stok dalam balang.. So terus le mamanya memutuskan untuk buat blueberry cheese tart je for them to bring to school. Thilah & Auni excited and hadif too... hadif lah yang paling bnyak makan, tapi makan cheese cream & blueberry je, tart shell dia buang... uhuk hadif, tahu tak betapa penatnya mama buat tart shell ni :)...


Wednesday, January 26, 2011

Banana Muffin

Banana muffin ni dah lama buat, tak ingat lah pula pakai resepi yang mana. Tu lah sebab dah lama sangat tak update blog :). Buat pun sebab banyak sangat stok pisang dekat rumah ni dan teringat pada kelazatan banana muffin yang dekat kenny rogers. Memang sedap dan moist, sangat sesuai for breakfast :)...  

Anyway enjoy the photo of banana muffin.


Sunday, January 23, 2011

Kuih Badak Berendam

Hari ni buat kuih badak berendam... heheh dah lama teringin nak makan kuih ni. Masa bulan puasa selalu beli kuih ni, auni pun suka makan :)...

Senanglah juga nak membuatnya :)... kukus je ngan santan sekali, inti memang dah lama ada dalam peti ais :).



Kuih Badak Berendam
 
Badak berendam ku ini macam dah pecah santan lah... next time kena kukus sekejap je lah kot :)... Dapat lah juga hantar ke rumah jiran-jiran sikit :)...

Thursday, January 13, 2011

Nice Story

Cerita ni dapat dari email... renung-renungkanlah message disebaliknya

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic
achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score.

The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the
youth answered "none".

The director asked, " Was it your father who paid for your school fees?" The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.

The director asked, " Where did your mother work?" The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner. The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?" The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me.

The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.*

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked: " Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"

The youth answered, " I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'

The Director asked, " please tell me your feelings."

The youth said, Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship.

The director said, " This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.”

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*

You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.


Tuesday, January 11, 2011

Orange Moist Cake

Teringin nak makan kek. Google resepi kek.. so ternamapak resepi moist orange cake dekat rinnchanfotopages bahan-bahan nya mudah cara buat pun senang. Kek ni memang sedap dan moist... wallaa :)

                                          Orange Moist Cake... yummy

Resepi (copypaste from rinnchan.fotopages.com)
ORANGE MOIST CAKE
Bahan-bahan :
240gm majerin butter (yang ni saya tukar)
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick perahan dari 1/2 biji oren (yang ni saya tukar-tak da sunquick)
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.

Dapatlah auni & thilah bawa bekal kek ke sekolah dan mamanya bawa ke opis sikit. Inche husband kata sedap n moist. So boleh buat lagi ni :)...

Monday, January 3, 2011

Auni - 1st day school

Diam tak diam dah masuk darjah 1 Auni ni... sekejap dah besar anak mama ni. Belajar rajin-rajin ya auni, moga menjadi anak yang pandai ilmu duniawi dan akhirat, jadi anak yang solehah dan muslim yang taat pada perintah Allah. Mama & Abah doakan auni...

 ni masa 1st day school - perhimpunan


ni masa orientation day... awalnya duduk tepi tingkap
                       
 masa ni cikgu bawa pusing satu sekolah...

 balik dari pusing satu sekolah... auni tukar tempat bawah kipas
 
tepi tingkap panas katanya...hahaha sebelum tu memang dia dah usha tempat bawah kipas selepas dia rasa panas duduk kat tepi tingkap :)

thilah macam boring je :)....
Gambar thilah 1st day tadika tak teringat nak ambil pula ari tu... hehehe mungkin sebab rasa macam hantar pi nursery je kot, sorry lah thilah ye :)... Thilah memang seronok masuk tadika :)...

Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012

Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...