Sunday, August 15, 2010

Menu Berbuka

Kelmarin mood memasak bagus sesangat :)... husband pula request nak makan masak lemak daging dengan rebung. Tapi saya buat masak lemak rebung daging salai.. advanced sikit... heheh daging tu salai dalam oven je :).

Dessert
pula saya buat bubur jagung dengan cucur jagung :). Jagung ni dapat dari sebelum puasa lagi, jagung dah siap yang boleh dimakan terus, dapat dari opis (heheh biasalah bila diorang develop produk baru.. kitorang lah tukang rasanya :)... )



masak lemak rebung daging salai..


ikan goreng (selar kecil) - auni's favourite


goreng ikan pekasam.. pembuka selera :)


sawi goreng dengan lobak merah..
yang ni memang kena buat berkuah lebih sikit.. bebudak dalam rumah ni memang suka sayur ala-ala sup :).. diorang ambil kuah je, sayur nya mama dan abah je yang makan.. huhuhu


bubur jagung..
yang ni pun kesukaan auni.. auni berbuka dengan bubur jagung dulu


cucur jagung..

Monday, August 9, 2010

Chocolate Chips Cookies

Chocolate Chips Cookies ni asalnya memang dibuat untuk hantaran bertunang adik. Dapatlah dalam dua balang. Satu balang simpan untuk makan-makan kat rumah, satu balang lagi untuk hantaran (termasuk untuk rasa-rasa masa buat hantaran nanti :)... )



Chocolate Chips Cookies...



Resepi cookies ni saya gunapakai yang dari blog sini.

Bahan-bahan:

1 cawan butter

1 1/2 cwn tepung gandum
(saya buat 2 cawan)
1/2 cwn tepung jagung
(saya tak masukkan tepung jagung)
1 s/k soda bicarbonat

1 cawan gula halus
(saya letak 3/4 cawan sahaja)
1 cawan gula perang
(saya letak 3/4 cawan sahaja)
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)

12 oz. chocolate chips (biasa guna brand Hershey)
(saya letak 1 cawan sahaja)
1/2 s/k garam

9 oz. chocolate Cadbury (parut)
(saya tak masukkan)
2 biji telur

1 s/k baking powder

1 1/2 cawan chopped nuts (boleh guna walnut,almond&hazel)
(saya masukkan 1 cawan almond)
1 s/k vanilla


Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.

2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.

4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius. (saya bakar 10min pada suhu 175degree celcius)


ni gambar cookies yang telah di 'kemaskinikan' menjadi salah satu hantaran bertunang adik saya. Cookies ni kitorang masukkan dalam plastik bunga-bunga tu dan ikat dengan reben :)...

Sunday, August 8, 2010

Cerita Pisang Nipah...

Dekat rumah ada setandan pisang nipah. Semalam dah goreng sesisir.. apa lagi nak buat dengan baki pisang ni.

Hari ni menu minum petang pengat pisang dan bingka pisang.



pengat pisang..


bingka pisang..



Bingka pisang ni resepinya diambil dari blog inspirasiku.
Tapi tekstur bingka pisang yang dibuat tak secantik yang dekat dalam blog tu... heheh saya mesin kan sekali pisang tu. Dalam resepi tu suruh lenyek je pisang tu. Apa nak buat, dalam kes ni saya terlebih rajin :).. Mungkin juga sebab pisang nipah kot, nak lenyek macam
keras sikit.. lenguh pula tangan masa tengah lenyek tu..mesin je senang dan cepat :). Takpe lain kali boleh buat lagi... hahaha ayat penyedap hati.


ni baki pisang yang tinggal.. hmmm nak buat apa lagi ye!




Saturday, August 7, 2010

Masjid Tanah

Meh nak cerita sikit tentang daerah kelahiranku... Masjid Tanah. Masjid Tanah terletak dalam negeri Melaka. Kebanyakan orang sini bercakap 'loghat' Negeri Sembilan, adat pepatih.. ada suku+sakat lagi tu :)..

Masjid Tanah diberi nama sempena dengan sebuah masjid yang diperbuat dari tanah liat. Masjid tersebut masih wujud lagi, tapi mungkin dah tak 100% tanah liat lah kot. Sape-sape yang tak pernah tengok dan tak pernah perasan kewujudan masjid tersebut. Jangan risau.. heheh, ada gambar masjidnya di bawah ni...


simbolik masjid tanah..

pasar Masjid Tanah


heheh... KFC di Masjid Tanah

KFC ni akan penuh dan sesak bila masa gaji, cuti raya & cuti panjang... heheh masa tu jelah yang sesuai nak 'pau' pun :)..





Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012

Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...