Friday, November 19, 2010

Menu Pagi Raya

Hidangan pagi raya... nasi tomato, kurma telur itik, ayam masak merah, acar timun & nenas... memang sodap :).



Salam Aidil Adha :). Semalam pepagi lagi aku dah bangun masak nasi tomato bersama hidangan sampingannya.. ayam masak merah, kurma telur itik, acar timun & nenas. Hajat dihati nak buat cupcakes malam tadi tak kesampaian..heheh penat le.

Kitorang memang beraya sakan tahun ni. Pelan asal memang tak nak balik kampung. Dah bagi tau famili raya tak balik. Tapi pagi raya dapat call dari mak mertua yang pak mertua masuk hospital. Jadinya memang balik beraya di kampung.

Siap je masak dan makan-makan, dalam pukul 12 tengahari kitorang pun bergerak keluar. Memula pi beraya rumah makcik kat Sg Merab, siap bawak kan nasi tomato untuk diorang :). Lepas tu bergerak ke Melaka, terus pi Hospital Besar Melaka. sampai hospital dalam pukul 3.30petang. Waktu melawat pukul 5 petang... uhuk macam mana ni, takkan nak tunggu pukul 5 petang. Banyak lagi tempat nak pi ni, malam ni juga nak balik rumah. Nasib baiklah guard tu baik hati.. boleh lah juga kitorang menjenguk ke dalam wad sekejap.. tu pun bergilir-gilir.

Lepas tu pi beraya ke rumah nenek husband, heheh memang rezeki lah.. dia bagi kitorang daging korban. Kat sini kitorang makan nasi impit dengan sambal ikan bilis... peh memang sedap sambal bilis dia :). Next destination is Lendu, umah mertua... kat sini banyak nya makanan.. perut dah kenyang ni, heheh makan jugak le. Ada sambal ayam, lodeh, rendang daging, nasi impit, nasi, kari ayam kampung, kuih lopez. Mangkuk tingkat nasi tomato ku, mak mertuaku balas dengan kari ayam kampung, rendang, kuih lopez, kek buah... heheh bestnya.

Last destination is Masjid Tanah.. umah nenek ku :). Kitorang sampai dah pukul 6.40 petang. Mandi-mandi, solat, makan-makan (nasi, rendang cili api wo lijah yang best tu :), kek gula hangus maklang kesayangan auni & thilah), rehat sekejap... heheh driver tido sekejap. Lepas isyak, dalam pukul 9 malam kitorang bertolak balik. Memang raya sakan lah tahun ni :)..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Rasanya macam baru je celebrate raya aidil fitri... esok dah nak raya qurban pula. Tahun ni raya kat sini je, tak balik kampung pun coz last weekend baru je balik ada kenduri kahwin sedara.

So ape ye nak masak untuk esok, menu dalam kepala nak buat nasi tomato, ayam masak merah, kurma telur itik n acar timun + nenas (jelatah)... heheh rajinnya dia :)

Malam ni kalau terlebih rajin nak buat cupcakes.. dah lama janji dengan auni nak buat :)... heheh selalu dia dok tanya bila nak buat cupcakes. Moral of the stories, jangan janji dengan anak kalau tak confident sempat buat.. hari-hari dia tanya :)




heheh comelnya dia :)......

Monday, November 15, 2010

Coconut shake

Semalam balik kampung, tapi tak balik terus... pi beli baju sekolah auni dulu n lepas tu pi kenduri aqiqah member husband dekat Bukit Rambai. Kitorang lalu Klebang... nampak lah plak klebang coconut shake... panjang sungguh orang beratur... tapi sebab kenduri lepas zohor, so byk masa lagi... tapau le coconut shake :)...

Last two week pi Melaka lalu gak kawasan klebang, tapi tak singgah sini coz dah penat sangat... heheh dapat gak merasa klebang coconut shake yang terkenal seantero Melaka ni :)..


menunggu giliran tapau coconut shake... heheh lepas kitorang beli, lagi panjang barisan yang beratur


ni lah dia coconut shake yang terkenal tu :)...

Saturday, November 13, 2010

Congo Bars

Malam ni buat congo bars.. resepi amik kat sini my small kitchen

heheh new baby (mixer)... tu yang semangat nak buat segala menda


batter before put in chocolate chips... nuts tak letak


congo bars in the oven...


congo bars... dah siap


congo bars inside the bottle...

next.. nak buat ape ye... buat tart lah...

Tuesday, November 9, 2010

Happy Birthday Thilah

Sejak petang semalam bertungkus-lumus mama thilah menyiapkan rendang ayam, buat 2 kek besday (satu untuk makan kat rumah, satu lagi bawa pi taska). Pagi tadi pulak dok kukus pulut kuning... uhuk penat jangan cakaplah, tapi puas hati sebab buat sendiri semuanya...

Heheh kek walaupun comot sket, tapi oklah for the first time deco ni (heheh ayat menyedapkan hati). Thilah suka tengok kek ada gambar princess (special request from birthday's girl).


Thilah's birthday cake.. gambar artwork princess beli dekat lea-oven
(amacam ok tak... ada sesiapa nak order cake :)... )


Another birthday's cake... for makan-makan at home (yang ni comot banyak sebab hadif dah mengamuk... uhuk apalah mama ni dah 12 mlm tak tido2 lagi :)... )


Pulut kuning dengan telur puyuh... hantar ke taska


Rendang ayam tua... liat juga ayam ni, macam mana lah bebudak kat taska ni makan nanti.. hopefully ok :)..


Birthday's girl... Nurul Athilah... so sweet in pink :)

Happy 4th birthday thilah, may Allah bless you.. moga jadi anak yang solehah n insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara (heheh ayat patriotik sket :) )

Sunday, November 7, 2010

Auni's Convocation


Hari ni auni nye convocation day.. sekejap je anak mama dah besar. Next year dah masuk tahun 1, huhu dah tua dah aku :)... Auni dapat anugerah "The Most Obedient Khalifah" kiranya 2nd best student lah. Alhamdulillah terang hati anak mama. Moga-moga sampai besar lah hendaknya cerdik pandai nya itu :).. Walaupun masa peperiksaan dapat no. 5, but overall she is the 2nd best. Her best friend yang dapat "The Best Khalifah". Ok lah tu berkawan dengan budak rajin n pandai, dapat gak tempiasnya.

Congratulations Auni... moga menjadi anak yang solehah, insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Tuesday, November 2, 2010

Zoo Melaka

Ahad lepas pergi jalan-jalan ke Zoo Melaka. Dah lama tak pi zoo... last pegi 2 tahun lepas kot, pi Zoo Negara... tercapai gak wishlist masa balik kampung baru-baru ni. Ingatkan balik dari zoo nak singgah shopping baju sekolah auni, malangnya kedai tu rupa-rupanya tutup pada hari ahad. Kesian auni... punyalah excited nak beli baju sekolah.

Enjoy gambar-gambar yang diambil dekat Zoo Melaka :)..


bergambar di depan replika zoo melaka... heheh bukti dah sampai zoo melaka


ni masa tengok bird's show...

thilah tengah makan sementara tunggu elephant's show...

bird's show

antara gambar binatang yang sempat diambil... gajah sponsored by Sime Darby Plantations


Next
nak pi mana pula ye. Pi menara taming sari jom...

Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012

Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...