Friday, November 19, 2010

Menu Pagi Raya

Hidangan pagi raya... nasi tomato, kurma telur itik, ayam masak merah, acar timun & nenas... memang sodap :).



Salam Aidil Adha :). Semalam pepagi lagi aku dah bangun masak nasi tomato bersama hidangan sampingannya.. ayam masak merah, kurma telur itik, acar timun & nenas. Hajat dihati nak buat cupcakes malam tadi tak kesampaian..heheh penat le.

Kitorang memang beraya sakan tahun ni. Pelan asal memang tak nak balik kampung. Dah bagi tau famili raya tak balik. Tapi pagi raya dapat call dari mak mertua yang pak mertua masuk hospital. Jadinya memang balik beraya di kampung.

Siap je masak dan makan-makan, dalam pukul 12 tengahari kitorang pun bergerak keluar. Memula pi beraya rumah makcik kat Sg Merab, siap bawak kan nasi tomato untuk diorang :). Lepas tu bergerak ke Melaka, terus pi Hospital Besar Melaka. sampai hospital dalam pukul 3.30petang. Waktu melawat pukul 5 petang... uhuk macam mana ni, takkan nak tunggu pukul 5 petang. Banyak lagi tempat nak pi ni, malam ni juga nak balik rumah. Nasib baiklah guard tu baik hati.. boleh lah juga kitorang menjenguk ke dalam wad sekejap.. tu pun bergilir-gilir.

Lepas tu pi beraya ke rumah nenek husband, heheh memang rezeki lah.. dia bagi kitorang daging korban. Kat sini kitorang makan nasi impit dengan sambal ikan bilis... peh memang sedap sambal bilis dia :). Next destination is Lendu, umah mertua... kat sini banyak nya makanan.. perut dah kenyang ni, heheh makan jugak le. Ada sambal ayam, lodeh, rendang daging, nasi impit, nasi, kari ayam kampung, kuih lopez. Mangkuk tingkat nasi tomato ku, mak mertuaku balas dengan kari ayam kampung, rendang, kuih lopez, kek buah... heheh bestnya.

Last destination is Masjid Tanah.. umah nenek ku :). Kitorang sampai dah pukul 6.40 petang. Mandi-mandi, solat, makan-makan (nasi, rendang cili api wo lijah yang best tu :), kek gula hangus maklang kesayangan auni & thilah), rehat sekejap... heheh driver tido sekejap. Lepas isyak, dalam pukul 9 malam kitorang bertolak balik. Memang raya sakan lah tahun ni :)..

No comments:

Post a Comment

Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012

Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...