Tuesday, July 27, 2010
Chocolate Rice Cookies with Raisins
Dua minggu lepas sempat buat chocolate rice cookies with raisins. Cookies ni buat untuk adik dan anak-anak dekat rumah makan. Tak sampai seminggu dah habis dah bebudak ni makan. Resepi asal ambil dari allrecipies.com rasanya, tapi biasalah kan bila tukang masak nya mula mengubah ikut kreativiti (chewah... kreatif sangat lah tu :) ).
Resepi asal, Chocolate Chips Cookies
Bahan-bahan
310g (2 1/2 cawan) tepung serbaguna
1 tsp bicarbonate soda
250g (1 cawan) mentega
115g (1/2 cawan) gula kastor
115g (1/2 cawan) gula perang
1 biji telur
1 tsp esen vanila
300g (2 cawan) dark chocolate, chopped
Cara-caranya
Panaskan oven pada suhu 180 degree celcius
Ayakkan tepung bersama dengan bicarbonate soda
Pukul mentega bersama dengan gula sehingga adunan jadi ringan & kembang
Masukkan telur & esen vanila, pukul campuran
Masukkan tepung & bicarbonate soda & chocolate chopped & kacau
Sudukan adunan & letakkan ke dalam dulang pembakar 2.5 cm jaraknya
Bakar dalam 12 minit
Sejukkan cookies atas wire rack
nota: saya tambah 1 cawan oat yang telah di mesin halus & tukar chocolate chopped dengan 1 cawan chocolate rice & sedikit kismis
Sunday, July 18, 2010
Blog perasmian
Hari ini pada 18 Julai 2010, bersamaan dengan 6 Syaaban 1431 bermulalah era ku berblogging :)...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012
Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...
-
Pau ni buat untuk bawa ke surau kawasan kitorang yang ada buat sambutan maulidur rasul. En husband request pau ala-ala kampung, sebab pau ...
-
Meh nak cerita sikit tentang daerah kelahiranku... Masjid Tanah. Masjid Tanah terletak dalam negeri Melaka. Kebanyakan orang sini bercakap &...
-
Diam tak diam dah masuk darjah 1 Auni ni... sekejap dah besar anak mama ni. Belajar rajin-rajin ya auni, moga menjadi anak yang pandai ilmu ...