Tuesday, July 27, 2010

Chocolate Rice Cookies with Raisins



Dua minggu lepas sempat buat chocolate rice cookies with raisins. Cookies ni buat untuk adik dan anak-anak dekat rumah makan. Tak sampai seminggu dah habis dah bebudak ni makan. Resepi asal ambil dari allrecipies.com rasanya, tapi biasalah kan bila tukang masak nya mula mengubah ikut kreativiti (chewah... kreatif sangat lah tu :) ).


Resepi asal, Chocolate Chips Cookies
Bahan-bahan
310g (2 1/2 cawan) tepung serbaguna

1 tsp
bicarbonate soda
250g (1 cawan) mentega

115g (1/2 cawan) gula kastor
115g (1/2 cawan) gula perang
1 biji telur
1 tsp esen vanila

300g (2 cawan)
dark chocolate, chopped

Cara-caranya
Panaskan oven pada suhu 180 degree celcius
Ayakkan tepung bersama dengan bicarbonate soda
Pukul mentega bersama dengan gula sehingga adunan jadi ringan & kembang
Masukkan telur & esen vanila, pukul campuran
Masukkan tepung & bicarbonate soda & chocolate chopped & kacau
Sudukan adunan & letakkan ke dalam dulang pembakar 2.5 cm jaraknya
Bakar dalam 12 minit
Sejukkan cookies atas wire rack

nota: saya tambah 1 cawan oat yang telah di mesin halus & tukar chocolate chopped dengan 1 cawan chocolate rice & sedikit kismis

1 comment:

Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012

Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...