Sunday, February 20, 2011

Traditional Pau

Pau ni buat untuk bawa ke surau kawasan kitorang yang ada buat sambutan maulidur rasul. En husband request pau ala-ala kampung, sebab pau yang ada sekarang macam kureng je katanya. So jenuh lah men'google' resepi pau kampung/traditional pau/ pau ala-ala kampung. Heheh akhirnya jumpa gak resepi pau yang mudah bahannya dan agak senang juga membuatnya dekat rinnchan


Inti kelapa


Inti kelapa, inti kaya for thilah, pau kosong for auni


Dekat bawah ni resepi yang di copy paste dari fotopages rinnchan.

PAU KUKUS TRADISIONAL
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=1 packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan. 

Intinya memang dah ada dalam peti ais. Jadi hanya perlu buat kulitnya aje. Memang sedap pau ikut resepi ni, gebu... heheh cubalah buat kalau tak percaya :)..




No comments:

Post a Comment

Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012

Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...