Tuesday, January 11, 2011

Orange Moist Cake

Teringin nak makan kek. Google resepi kek.. so ternamapak resepi moist orange cake dekat rinnchanfotopages bahan-bahan nya mudah cara buat pun senang. Kek ni memang sedap dan moist... wallaa :)

                                          Orange Moist Cake... yummy

Resepi (copypaste from rinnchan.fotopages.com)
ORANGE MOIST CAKE
Bahan-bahan :
240gm majerin butter (yang ni saya tukar)
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick perahan dari 1/2 biji oren (yang ni saya tukar-tak da sunquick)
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.

Dapatlah auni & thilah bawa bekal kek ke sekolah dan mamanya bawa ke opis sikit. Inche husband kata sedap n moist. So boleh buat lagi ni :)...

No comments:

Post a Comment

Aktiviti Cuti Sekolah Jun 2012

Dah lama tak update blog. Mood nak ber blogging tak de :)... Anyway, for the reactivation of this blog ... enjoy below photos taken du...